Pas tandus idea, guna idea lapuk menjelang PRN


PARTI  Pas disifatkan sebagai sudah ketandusan idea apabila berterusan menggunakan taktik lapuk sebagai modal politik menjelang PRN akan datang.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, berkata tindakan itu juga sudah dijangka apabila Pas melalui Ketua Penerangan pas Khairil Nizam Khirudin  memainkan naratif sumbang dengan menyalahkan DAP berhubung isu 3R.

“Seperti biasa, PAS terus memainkan naratif sumbang “Semua Salah DAP” mereka lebih-lebih lagi menjelang PRN akan datang.

“Taktik lapuk seperti ini sudah boleh dijangka sekali gus mencerminkan realiti bahawa pihak di sebelah sana sudah ketandusan idea,” kata Syerleena dalam kenyataan.

Pada Ahad, Khairil menggesa Kementerian Komunikasi dan Digital bersikap adil dalam mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak termasuk DAP yang didakwa secara terang-terangan menggunakan isu 3R sebagai modal politik.
 
Walau bagaimanapun tegas Syerleena, apa yang sangat dibimbangkan adalah kenyataan yang keluar daripada pemimpin PAS sendiri yang dilihat menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini.


Kenyataan Abdul Hadi banyak sentuh sensitiviti
“Salah satunya kenyataan Presiden PAS Hadi Awang yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit rasuah.


“Saya berharap isu-isu yang menyentuh sensitiviti masyarakat terutama membabitkan sentimen 3R tidak lagi dijadikan modal politik menjelang pilihan raya oleh mana-mana pihak sekali pun,” katanya.

Post a Comment

0 Comments