BARISAN NASIONAL (BN) memohon Mahkamah Rayuan untuk membatalkan kemenangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di kawasan Parlimen Marang semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff berkata calon BN bagi kawasan itu, Jasmira Othman telah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah pilihan raya di Kuala Terengganu pada 27 Jun lalu yang menolak petisyen pilihan raya terhadap kemenangan Abdul Hadi.
Media sebelum ini melaporkan petisyen itu difailkan pada 3 Jan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said dilaporkan berkata antara perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu melibatkan dakwaan PAS telah merasuah pengundi dengan mengagihkan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri - melalui inisiatif i-Pension, i-Belia dan i-Student - antara 15 dan 17 Nov tahun lepas, menjelang PRU15.
Semasa PRU15, Hadi mengekalkan kerusinya dengan majoriti 41,729 undi, menewaskan tiga lagi calon - Jasmira, Azhar Ab Shukur (PH) dan Zarawi Sulong (Pejuang).
![]() |
BN buat rayuan gugur kemenangan Abdul Hadi |
Mahkamah baru-baru ini membatalkan keputusan PRU15 di Kuala Terengganu membabitkan ahli parlimennya dari Pas, Ahmad Amzad Hashim.
0 Comments