Pas dicabar lapor SPRM jika ada bukti ketirisan projek SMG, Stadium Shah Alam

 

ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) Selangor mencabar Pas untuk membuat laporan kepada SPRM berhubung projek pembangunan Gerbang Maritim Selangor (SMG) dan Stadium Shah Alam yang dikendalikan kerajaan negeri.

Cabaran itu dibuat Timbalan Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Fauzi Fadzil selepas Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor Rosli Jusoh mendakwa projek SMG tidak melalui proses tender terbuka manakala projek pembangunan semula stadium melibatkan perjanjian pertukaran tanah.

Tegas Mohd Fauzi Fadzil integriti projek SMG tidak perlu dipersoalkan kerana ia dipantau oleh jawatankuasa khas diketuai oleh bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Roslan Abdul Aziz.

Berhubung pembangunan semula Stadium Shah Alam pula, Fauzi berkata ia telah mendapat kebenaran daripada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Jika terdapat pelanggaran undang-undang maka Rosli Jusoh dialu-alukan untuk membuat laporan kepada SPRM,” kata Mohd Fauzi dalam kenyataan berkata.

Projek SMG bertujuan menguruskan masalah pencemaran dan banjir membabitkan kawasan yang terkesan teruk dengan bencana itu dengan membangunkan tebing Sungai Klang.

PAS dicabar buat laporan kepada SPRM
Kontraktor projek adalah sebuah usaha sama antara Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) milik kerajaan negeri dan Berjaya Hartanah Berhad, yang berkaitan dengan konglomerat Berjaya Group.

Belum ada kontraktor yang dipilih bagi projek pembangunan semula stadium. Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan perjanjian tukar tanah untuk membiayai projek itu.

Post a Comment

0 Comments