SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Rabu ini bagi menentukan
tarikh penting untuk enam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Dalam kenyataan, Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat tersebut bakal dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh di Putrajaya.
Menurut beliau, antara perkara yang akan dibincangkan termasuk tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.
"SPR telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN)/ Dewan Undangan (DU) / Dewan Negeri (DN) bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor daripada Speaker DUN/DU/DN masing-masing.
"Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 5 Julai iaitu pada Rabu dan satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat," katanya.
Enam negeri itu masing-masing membubarkan DUN iaitu Kelantan pada 22 Jun, Selangor (23 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (28 Jun), Terengganu 30 Jun dan Negeri Sembilan (1 Julai).
Kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri enam
negeri tersebut sebelum ini telah bersetuju untuk membubarkan DUN
masing-masing pada Jun.
Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kekosongan atau kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan kekosongan tersebut.
Dalam kenyataan, Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat tersebut bakal dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh di Putrajaya.
Menurut beliau, antara perkara yang akan dibincangkan termasuk tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.
"SPR telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN)/ Dewan Undangan (DU) / Dewan Negeri (DN) bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor daripada Speaker DUN/DU/DN masing-masing.
"Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 5 Julai iaitu pada Rabu dan satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat," katanya.
Enam negeri itu masing-masing membubarkan DUN iaitu Kelantan pada 22 Jun, Selangor (23 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (28 Jun), Terengganu 30 Jun dan Negeri Sembilan (1 Julai).
![]() |
SPR akan tetapkan tarikh pilihan raya negeri |

-AA
0 Comments