KENYATAAN Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mewujudkan masyarakat berbilang kaum sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dianggap tersasar dan membahayakan.
Setiausaha Politik Menteri Kesihatan, Napsiah Khamis @ Mahran berkata, tafsiran bekas Perdana Menteri itu juga memberikan implikasi bahawa warganegara bukan Melayu seolah-olah tiada tempat dan sekadar kelas kedua.
"Malah jelas bertentangan dengan cita-cita dan impian bapa kemerdekaan, Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan pembina negara yang sudah berjuang memerderkakan tanah air didalam semangat kebersamaan pelbagai kaum.
"Gamaknya, Dr Mahathir lupa kepada cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang menjadi salah satu teras didalam Wawasan 2020 yang beliau sendiri zahirkan.
"Sangat mendukacitakan apabila Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan yang sangat bertentangan dengan wawasan beliau sendiri," katanya dalam satu kenyataan.
Mahathir membuat dakwaan jahat melalui kenyataan di Facebook apabila mendakwa kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar terpaksa menurut manifesto DAP bagi mengelakkan kerajaan pimpinannya jatuh.
Manifesto tersebut dakwa Pengerusi parti Bersatu itu khusus menjadi Tanah Melayu negara berbagai kaum dan agama rasmi Islam diganti dengan negara sekular – negara yang tidak ada agama rasmi.
Napsiah berkata Mahathir kini cuba membawa naratif baru yang sangat bersifat perkauman dan tafsiran semberono kepada peruntukkan Perlembagaan.
Naratif yang cuba dibawa itu jelas berniat jahat dan tentunya tidak membantu membina sebuah Malaysia yang aman damai dan bersatu padu.
"Jelas sejak dahulu Dr Mahathir sememangnya seorang yang sangat tidak konsisten serta cakap tidak serupa bikin. Kenyataan terbaru beliau jelas menunjukkan watak sebenar Dr Mahathir.
"Saya menyeru kepada Dr Mahathir supaya berhenti bermain dengan sentimen perkauman, berhenti untuk menonjolkan diri konon sebagai hero Melayu serta mengacau bilaukan perpaduan kaum yang telah dibina selama ini dan termaktub didalam Perlembagaan," katanya.
![]() |
Mengapa Mahathir berterusan serang Anwar? |
Ketika membidas dakwaan Mahathir, Anthony menegaskan DAP tidak akan mempersoalkan keabsahan agama berkenaan di peringkat nasional.