Berhenti guna fitnah dan isu perkauman dalam politik, gesa Nurul Izzah


SEMUA parti politik digesa berhenti melakukan serangan terhadap lawan dengan menggunakan fitnah dan isu perkauman.
 
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar berkata, menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi, beliau bimbang berita palsu dan isu perkauman yang boleh menggugat keharmonian masyarakat akan digunakan sebagai bahan kempen.
 
“Saya bimbang penularan berita palsu serangan yang tidak membangkitkan semangat dan kritikan membina. Ya, dalam kempen perlu ada serangan.

“Tetapi kita harus menoktahkan serangan berunsur fitnah yang boleh mewujudkan elemen kebencian perkauman. Tidak kira mana-mana parti politik harus tolak budaya tidak sihat ini,” katanya.

Terdahulu beliau menghadiri program Jom Rewang & Makan Kenduri sempena Aidiladha di Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4, Shah Alam pada Ahad.


Berpolitik dengan etika, jangan jadi pemfitnah
Sementara itu sebagai mengulas gerak kerja pada PRN tidak lama lagi, beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata akan turun padang di Pulau Pinang dan Kedah untuk membantu kempen.


“Saya ditugaskan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat untuk bertugas di Pulau Pinang dan insya-Allah saya akan turun juga di Selangor bagi membantu jentera Pakatan Harapan di sini,” katanya di petik Selangorkini.
 

Post a Comment

0 Comments