GOLONGAN muda yang bakal menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri tidak lama lagi perlu mempertimbangkan parti yang terbukti cekap dan mempunyai rekod baik sebagai pilihan.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim berkata, pelbagai isu membabitkan golonga muda terutama membabitkan keperluan semasa dan fasiliti hana dapat diselesaikan dengan mengangkat pihak yang cekap sebagai kerajaan negeri.
“Ini semua boleh dicapai dan diselesaikan dengan cara memastikan kerajaan negeri tertubuh dengan mengangkat pihak yang kompeten dan mempunyai track record yang baik.
"Bagi konteks Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor, semua sudah dilaksanakan ketika ini,” jelas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.
Adam Adli berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelepasan Peserta Malaysia-China Youth TVET Training 2023 di sini hari ini.
Sementara itu tambahnya, bagi memastikan golongan pengundi muda dapat ramai menjalankan tanggungjawab pada PRN nanti, mereka perlu diberikan keyakinan bahawa ‘pelaburan’ masa dan tenaga mereka itu dapat memberikan pulangan yang baik.
“Dalam konteks PRN ini adalah untuk menentukan siapa jadi kerajaan bagi peringkat negeri, ia berkait rapat dengan kehidupan harian, kerajaan negeri menentukan dasar-dasar, pihak berkuasa tempatan.
“Oleh itu, penting untuk memilih sebuah kerajaan negeri yang kompeten yang ada kesediaan untuk memerintah dan tahu untuk atasi masalah rakyat,” katanya lagi
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim berkata, pelbagai isu membabitkan golonga muda terutama membabitkan keperluan semasa dan fasiliti hana dapat diselesaikan dengan mengangkat pihak yang cekap sebagai kerajaan negeri.
“Ini semua boleh dicapai dan diselesaikan dengan cara memastikan kerajaan negeri tertubuh dengan mengangkat pihak yang kompeten dan mempunyai track record yang baik.
"Bagi konteks Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor, semua sudah dilaksanakan ketika ini,” jelas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.
Adam Adli berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelepasan Peserta Malaysia-China Youth TVET Training 2023 di sini hari ini.
Sementara itu tambahnya, bagi memastikan golongan pengundi muda dapat ramai menjalankan tanggungjawab pada PRN nanti, mereka perlu diberikan keyakinan bahawa ‘pelaburan’ masa dan tenaga mereka itu dapat memberikan pulangan yang baik.
![]() | |
Pilih parti berdasarkan rekod prestasi,bukan retorik |

0 Comments