BELUM terlambat
Pakatan Harapan (PH) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)
mencapai persefahaman untuk mengelakkan daripada berlakunya perpecahan
undi dalam enam pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada
bulan hadapan.
Pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, beliau menyimpan cita-cita untuk melihat Muda bekerjasama dengan PH dan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, keputusan enam pilihan raya itu tidak akan membawa kepada kejatuhan serta-merta Kerajaan Perpaduan, tetapi ia akan menentukan sama ada negara berjaya kembali kepada prinsip Malaysia majmuk yang diterapkan tokoh terdahulu.
"Saya sudah bersara daripada politik barisan hadapan dan saya tidak tahu apa yang sedang terjadi antara Muda dan PH atau Kerajaan Perpaduan Anwar.
"Tetapi saya menyimpan cita-cita untuk melihat Muda bekerjasama dengan PH dan Kerajaan Perpaduan Anwar dalam enam PRN," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Muda memutuskan bergerak solo pada PRN enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
Presidennya,
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata keputusan itu dicapai secara
konsensus selepas mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk
penyokong parti.
Keputusan itu mungkin menyaksikan Muda bertembung dengan PH dan Barisan Nasional (BN), walaupun ia menjadi sebahagian daripada blok kerajaan
Pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, beliau menyimpan cita-cita untuk melihat Muda bekerjasama dengan PH dan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, keputusan enam pilihan raya itu tidak akan membawa kepada kejatuhan serta-merta Kerajaan Perpaduan, tetapi ia akan menentukan sama ada negara berjaya kembali kepada prinsip Malaysia majmuk yang diterapkan tokoh terdahulu.
"Saya sudah bersara daripada politik barisan hadapan dan saya tidak tahu apa yang sedang terjadi antara Muda dan PH atau Kerajaan Perpaduan Anwar.
"Tetapi saya menyimpan cita-cita untuk melihat Muda bekerjasama dengan PH dan Kerajaan Perpaduan Anwar dalam enam PRN," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Muda memutuskan bergerak solo pada PRN enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
![]() | |
Keputusan Muda bakal sebabkan pertembungan |

0 Comments