MAJLIS pelancaran jentera pilihan raya dan bilik gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan yang diadakan malam tadi berlangung meriah walaupun diadakan dalam keadaan hujan.
Ratusan orang membanjiri padang Desa Mentari 3, Jalan PJS 2D/1 pada program Jelajah Madani peringkat DUN berkenaan.
Selain Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudi Shari, turut hadir pada program itu adalah Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abd Halim dan Ketua Cabang Petaling Jaya Hee Loy Sian.
Turut sama, Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, penyandang DUN Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri dan penyandang DUN Seri Setia Halimey Abu Bakar dan Ahli Parlimen Johor Baharu, Akmal Nasir.
Program malam tadi dalam kesinambungan siri Jelajah Madani yang bermula di DUN Sikamat, Negeri Sembilan. Jelajah sama berlangsung di Kedah pada 8 Julai membabitkan DUN Suka Menanti, Gurun, Bukit Selambau, Sidam dan Kulim.
![]() |
Rakyat Selangor keluar tunjuk sokongan |
Hari penamaan calon bagi keenam-enam negeri pula ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos dengan tempoh berkempen selama dua minggu.
0 Comments