PENGARAH Pilihan Raya KEADILAN negeri Kedah, Phahrolrazi Nawawi optimis parti mewakili Kerajaan Persekutuan mampu menguasai negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Beliau berkata, gabungan berkenaan yakin akan memenangi sekurang-kurangnya 19 kerusi iaitu bilangan diperlukan untuk majoriti mudah daripada 36 kerusi DUN.
Bagaimanapun, katanya, usaha memenangi kerusi luar bandar lebih mencabar.
“Kerusi luar bandar nampaknya kukuh dalam genggaman Pas, tetapi PH dan BN menyasarkan menang sekurang-kurangnya separuh daripada 36 kerusi dipertandingkan.
“Saya turun padang setiap hari untuk mendengar suara rakyat dan memahami ‘mood’ mereka. Senario politik telah berubah dan Pas tidak lagi boleh berkata ia mampu ‘sapu bersih’ 36 kerusi,” katanya dipetik FMT.
Phahrolrazi berkata, corak pengundian khususnya dalam kalangan pengundi berusia 18 hingga 21 tahun di negeri itu menunjukkan perubahan ketara.
![]() |
PH-BN mampu memang sekurang-kurangnya 19 kerusi |
“Sentimen perkauman digunakan untuk bermain politik, dan ini akhirnya hanya merugikan kita semua,” katanya.
0 Comments