Isu 3r tak wajar jadi bahan kempen, keharmonian perlu dipelihara


SENSITIVITI
kaum, agama dan institusi beraja (3R) tidak seharusnya sebagai modal politik menjelang pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Sivamurugan Pandian berkata perkara itu perlu dipelihara.

Lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini.

"Sudah pastilah mereka yang mahu melihat pilihan raya sebagai satu cabang besar, memberikan mandat kepada rakyat harus juga melihat ada keterbatasan, limitasi yang perlu kita akur supaya tidak mewujudkan perpecahan dalam kalangan masyarakat hanya semata-mata disebabkan kita mahu meraikan proses pendemokrasian tersebut", katanya dipetik laporan RTM.

Penganalisis Politik dan Media Baharu, Prof. Madya Dr Sara Chinnasamy senada dengan pandangan tersebut.

"Perkara yang berkaitan 3R ini kita perlulah kita elakkan dan kita perlulah berhemah dari segi menjalankan kempen-kempen politik dan mengelakkan perkara-perkara seperti memalukan mana-mana pihak ataupun berbentuk provokatif dan lebih ke arah kepada literasi politik yang lebih matang", katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital. Fahmi Fadzil sebelum ini memberi amaran supaya pemimpin dan penyokong parti politik mematuhi undang-undang negara.]


Berkempen tentang dasar,bukan retorik agama-kaum
Tegasnya, keghairahan berkempen menjelang pilihan raya di enam buah negeri, bukan alasan untuk mengendahkan ketertiban dalam membuat hantaran di media sosial.

Sebarang hantaran di platform berkenaan yang mengancam keharmonian negara tidak terlepas untuk dikenakan tindakan undang-undang

Post a Comment

0 Comments