DATUK SERI Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan Kerajaan Persekutuan pimpinannya menindas mana-mana negeri dalam soal penyaluran peruntukan mahupun pembangunan.
Mengulas isu pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), di Kedah, perdana menteri berkata cadangan pembinaan lapangan terbang memerlukan kajian yang teliti sebelum boleh dilaksanakan.
Ia jelasnya kerana ia melibatkan beberapa aspek penting terutamanya keselamatan negara selain perlu melalui prosedur dan peraturan yang tertentu.
“Perlu tanya TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia), boleh lepas atau tidak zon penerbangan … ada yang kata Tan Sri Syed Mokhtar (Albukhary) akan bayar (projek pembinaan KXP) dan saya tanya dia kalau nak buat kenapa tak beritahu saya.
"Syed Mokhtar jawab kepada saya, abang, saya tiada cadangan nak buat lapangan terbang, ada banyak kerja dah," katanya pada program Minum Petang bersama penduduk Kampung Sama Gagah, dekat Permatang Pauh hari ini.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini sering mencanangkan kononnya negeri itu bakal mempunyai sebuah lapangan terbang terancang dan moden.
Difahamkan projek itu dicadangkan syarikat swasta dan syarikat Syed Mokhtar Al-Bukhary dakwa Sanusi akan membantu menguruskan.
![]() |
Pembinaan lapangan terbang perlu penelitian rapi |
"Lapangan terbang ini bukan boleh bagi senang-senang nak buat…ia sentuh soal keselamatan negara, kalau nak jadi pemimpin kena reti sikit, kena ngaji lebih daripada orang lain,” tambah Anwar mengulas isu tersebut.
0 Comments