KETUA Penerangan UMNO negeri, Datuk Zawawi Othman menasihatkan anak muda dan rakyat Kelantan termasuk yang berada di luar agar menginsafi apa yang dilalui keluarga mereka di kampung.
Katanya, cukuplah selama 33 tahun rakyat ditipu oleh pentadbiran kerajaan Pas, yang hanya memomokkan kesalahan kerajaan Persekutuan, tanpa memikirkan kemunduran yang berlaku di negeri sendiri.
Justeru rakyat Kelantan jelasnya wajar membuat keputusan bijak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini demi kehidupan dan masa depan lebih terjamin.
“Selama 33 tahun rakyat ditipu. Dari awal pemerintahan tahun 1990 sehingga kini hanya peletakan batu asas yang dilakukan, namun satu pembangunan pun tidak dilaksanakan.
“Lihat sahaja isu bekalan air bersih. Masalah ini berlarutan sejak sekian lama tanpa ada usaha untuk mengatasinya.
“Adakah rakyat masih mahu begini selama-lamanya?,” soal beliau.
Dalam
pada itu, beliau mencabar bekas pemimpin UMNO yang baharu menyertai
Pas, Tan Sri Annuar Musa agar menyatakan pembangunan atau kemajuan yang
telah dilaksanakan oleh kerajaan yang mendakwa membangun bersama Islam.
Tambahnya, akibat kegagalan kerajaan Pas mentadbir, rakyat Kelantan terpaksa keluar mencari rezeki di negeri yang ditadbir oleh mereka yang dianggap musuh parti Pas.
0 Comments