KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan RM10 juta oleh Parti Keadilan Rakyat (KEDILAN) terhadap Zuraida Kamarudin merupakan signal jelas bahawa parti tersebut memelihara mandat diberikan oleh rakyat.
Ketua Wanita parti itu, Fadhlina Sidek berkata, perbuatan beralih dari satu parti ke parti lain hanya atas kapasiti kepentingan peribadi wajib dinoktahkan.
“Perbuatan khianat dan kacau ganggu demokrasi telah pun meletakkan negara di kancah ketidakstabilan politik dan ekonomi dan kos sebenar adalah melangkaui jumlah RM10 juta pada dasarnya.
“Sistem emokrasi berparlimen harus terus dipelihara dalam apa jua keadaan sekalipun,” katanya dalam kenyataan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat membenarkan KEADILAN untuk menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Parti itu mendakwa pada atau sekitar 24 Februari 2020, Zuraida dalam satu kenyataan bersama 10 ahli Parlimen KEADILAN yang lain telah mengumumkan peletakan jawatan namun memilih untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket parti itu dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai PN.
![]() |
Keputusan Mahkamah kejayaan untuk rakyat |
“Wanita KEADILAN menyambut baik keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan parti untuk menuntut RM10 juta daripada bekas-bekas ahli Parlimen KEADILAN yang melanggar syarat bon parti,” menurutnya.
0 Comments