PH Selangor lancar jentera pilihan raya, bawa slogan #arusmerahkuning


PAKATAN HARAPAN (PH) Selangor secara rasmi melancarkan jenteranya malam tadi bagi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pelancaran itu disempurnakan Pengerusi PH Negeri, Datuk Seri Amirudin Shari di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini.

Dalam majlis berkenaan Amirudin turut melepaskan konvoi lima pacuan empat roda (4WD) embawa slogan #arusmerahkuning sebagai simbolik pentadbirannya sepanjang penggal ini diikuti pergerakan 56 motosikal yang membawa bendera HARAPAN mewakili semua Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pelancaran mencapai kemuncaknya dengan pelepasan sebuah lori tiga tan dilengkapi skrin yang akan menjelajah ke seluruh pelusuk negeri bagi memaparkan kejayaan dicatat selama ini.


PH dominasi kerusi DUN pada PRU lalu
Hadir sama Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim dan Naib Pengerusi DAP Ng Suee Lim.


Penggal ke-14 DUN Selangor dibubarkan secara rasmi pada Jumaat sekali gus membuka laluan kepada PRN untuk diadakan.

Selangor antara enam negeri yang bakal melangsungkan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
 

Post a Comment

0 Comments