KAEDAH siasatan terhadap bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
dilaksanakan secara profesional tanpa ada unsur politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar berkata, arahan beliau sangat jelas yang mana badan penyiasat perlu melaksanakan tugas berdasarkan fakta dan mengikut lunas undang-undang.
"Kita kena lihat kepada fakta, jika ketika memegang kuasa, kita menggunakan kuasa itu untuk memberi kontrak kepada anak pinak, ahli keluarga dan kroni serta mengkayakan diri, jangan dipersoalkan siasatan dan katakan ini tohmahan politik.
"Sedangkan kekayaan itu tidak dapat diterangkan dengan jelas, berapa banyak malah pengedaran wang berlaku secara berleluasa," katanya di Dewan Negara pada Isnin.
Beliau sebelumnya menjawab soalan Datuk Kesavadas A Achyuthan Nair yang ingin mengetahui sejauh manakah SPRM serius untuk menyiasat segala perilaku rasuah dan salah guna kuasa yang membabitkan bekas Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh.
SPRM pada Sabtu memaklumkan akan meneliti unsur kesalahan rasuah berhubung dakwaan isu pemberian kontrak gentian optik RM214.2 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan Dr Mahathir.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar berkata, arahan beliau sangat jelas yang mana badan penyiasat perlu melaksanakan tugas berdasarkan fakta dan mengikut lunas undang-undang.
"Kita kena lihat kepada fakta, jika ketika memegang kuasa, kita menggunakan kuasa itu untuk memberi kontrak kepada anak pinak, ahli keluarga dan kroni serta mengkayakan diri, jangan dipersoalkan siasatan dan katakan ini tohmahan politik.
"Sedangkan kekayaan itu tidak dapat diterangkan dengan jelas, berapa banyak malah pengedaran wang berlaku secara berleluasa," katanya di Dewan Negara pada Isnin.
![]() | |
Siasatan dijalankan tak dipengaruhi politik |

0 Comments