Pas bantah Bersatu namakan Azmin Ali sebagai 'poster boy', kata laporan


PERIKATAN NASIONAL
  (PN) cuba menamakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai “poster boy” mereka bagi menghadapi pilihan raya negeri Selangor, menurut laporan.

Utusan Malaysia memetik seorang pembantu kanan Azmin yang tidak dinamakan berkata gabungan itu mahu menjadikan Azmin sebagai calon menteri besarnya, tetapi berdepan tentangan daripada komponen Pas.

“Pas Selangor tidak menyambut baik cadangan mengatakan rekod lampau Azmin akan menjadi kelemahan untuk PN menang. Itu masalah utama,” kata sumber itu menurut laporan tersebut.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata susulan penentangan itu PN tidak menamakan bakal menteri besar mereka.
 
“Sebab itu sehingga hari ini, kita tidak mendedahkan [calon menteri besar Selangor] kepada umum kerana kita tidak mahu ia digunakan sebagai senjata oleh lawan kita,” katanya lagi.

Pada Sabtu, dilaporkan bahawa Muhyiddin, selaku pengerusi PN, berkata tiada keperluan untuk mengumumkan calon menteri besar gabungan itu untuk Selangor pada masa ini.

Jelasnya, PN sudah mengenal pasti calon tertentu dan akan membuat pengumuman sekiranya gabungan itu berjaya mendapatkan Selangor pada pilihan raya negeri akan datang.

Benarkan Pas tak setuju Azmin jadi 'poster boy'
Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum (PRU) Azmin tewas di kerusi parlimen Gombak dalam PRU ke-15 pada Nov tahun lalu kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Kemudian pada 21 Mei lalu dia berkata tidak akan bertanding pada PRN kerana ingin berehat.

Post a Comment

0 Comments