MENTERI BESAR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengecam tindakan pihak tertentu yang mendahului Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Tegas Naib Timbalan Presiden KEADILAN itu, tindakan itu boleh dianggap bertentangan dengan adab orang Melayu terhadap Sultan sebagai Ketua Negeri.
"Kita mempunyai undang-undang, adat istiadat dan konvensyen yang harus kita tepati. Maka bagi saya adalah tidak wajar mana-mana pihak mendahului Sultan Selangor dalam mengumumkan tarikh pembubaran DUN Selangor.
"Ia dikira bertentangan dengan konvensyen, adat istiadat dan lebih lagi adab masyarakat Melayu dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor," katanya.
Amirudin berkata begitu pada sidang media khas sempena lima tahun pentadbirannya di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam semalam.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Mohamed Azmin Ali dalam satu ceramah di Tanjong Karang dilaporkan berkata DUN negeri itu akan dibubarkan pada 19 Jun.
Pada sidang media semalam, Amirudin memaklumkan telah diterima menghadap Sultan Sharafuddin bagi tujuan memohon perkenan baginda supaya DUN Selangor yang ke-14 dibubarkan pada 23 Jun ini.
"Pada pukul 10 pagi tadi, Sultan Selangor telah memberi perkenan dan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor ke-14 yang akan berkuat kuasa pada Jumaat 23 Jun ini selaras dengan Peruntukan dalam Fasal (2) Perkara LXX, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
"Ini akan membolehkan Speaker DUN Selangor memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dijangka pada Jumaat ini, dan kemudianya memberi ruang kepada PRN Selangor diadakan," katanya.
Tegas Naib Timbalan Presiden KEADILAN itu, tindakan itu boleh dianggap bertentangan dengan adab orang Melayu terhadap Sultan sebagai Ketua Negeri.
"Kita mempunyai undang-undang, adat istiadat dan konvensyen yang harus kita tepati. Maka bagi saya adalah tidak wajar mana-mana pihak mendahului Sultan Selangor dalam mengumumkan tarikh pembubaran DUN Selangor.
"Ia dikira bertentangan dengan konvensyen, adat istiadat dan lebih lagi adab masyarakat Melayu dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor," katanya.
Amirudin berkata begitu pada sidang media khas sempena lima tahun pentadbirannya di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam semalam.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Mohamed Azmin Ali dalam satu ceramah di Tanjong Karang dilaporkan berkata DUN negeri itu akan dibubarkan pada 19 Jun.
Pada sidang media semalam, Amirudin memaklumkan telah diterima menghadap Sultan Sharafuddin bagi tujuan memohon perkenan baginda supaya DUN Selangor yang ke-14 dibubarkan pada 23 Jun ini.
![]() | |
Dewan DUN dibubarkan 23 Jun ini |

0 Comments