PAKAR SEJARAH, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menjelaskan, isu sewaan Pulau
Pinang telah terbatal sebaik sahaja Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
(PPTM) 1948 ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan wakil British, Sir
Edward Gent.
Menurutnya, berdasarkan sejarah dan surat perjanjian
pada tahun 1786, Francis Light hanya menyewa kepada Kedah dan ia
dibayar secara tahunan.
"Bagaimanapun, selepas Pulau Pinang
dikuasai oleh British, ia sudah menjadi satu perkara yang sah dan sewaan
diteruskan sehingga terbentuknya PPTM 1948.
"Menerusi perjanjian tersebut, Pulau Pinang telah dimasukkan ke dalam PPTM sebagai negeri bebas daripada jajahan takluk British.
Apabila kita merdeka, sekali lagi perjanjian di antara British dan Pulau Pinang dibuat menjadikan negeri itu berdaulat.
"Jadi
sebaik sahaja negeri itu ada kedaulatan rasmi, secara tidak langsung
isu sewaan di antara Pulau Pinang dan Kedah tidak lagi timbul dan
terbatal,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Mengulas lanjut,
Ramlah berkata, sudah menjadi lumrah apabila satu perjanjian baharu
dibuat, maka persetujuan terdahulu itu secara automatik terbatal.
Tambah
beliau, sewaktu membentuk Malaysia, Pulau Pinang dianggap sebagai salah
satu negeri yang berdaulat walaupun tiada raja memerintah.
![]() |
Sejarah akan kekal sebagai kisah lampau |
"Sejarah yang terjadi sebelum PPTM 1948, PPTM 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963 tidak boleh berlaku semula dan akan kekal menjadi kisah lampau," ujarnya
0 Comments