TIGA pelan tindakan telah disenaraikan Pakatan Harapan (PH) Kedah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz antara pelan tindakan itu bagi menyesuaikan kerjasama jentera pilihan raya bersama Barisan Nasional (BN) Kedah.
"Kita sudah bersedia dengan menyediakan tiga pelan tindakan iaitu pertama adalah persediaan untuk menghadapi pembubaran DUN dijangka pada bulan ini.
"Pelan kedua adalah selepas pembubaran DUN sehingga hari penamaan calon dan pelan ketiga adalah hari penamaan calon hingga hari mengundi," katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah berkata, bilik gerakan PH di seluruh Kedah juga sudah bersedia untuk menggerakkan jentera pilihan raya dengan kerjasama jentera pilihan raya BN negeri.
Jelasnya, pergerakan dan kerjasama jentera pilihanraya PH dan BN Kedah akan disesuaikan mengikut calon-calon yang akan diumumkan tidak lama lagi.
![]() |
Jentera PH Kedah sedia gempur PRN |
"Sebenarnya kerjasama ini telah pun berlaku lama untuk menyesuaikan kerjasama jentera PH dan BN melalui penerangan dan ceramah-ceramah yang diadakan sebelum ini," katanya menurut laporan itu.
0 Comments