Muda masih belum mampu pecah undi PH, kata Salahuddin Ayub


KEPUTUSAN
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bergerak solo pada PRN akan datang dilihat tidak mampu memecahkan undi Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PH Johor Datuk Salahuddin Ayub berkata, gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) telah mengukuhkan penerimaan rakyat menerusi pelbagai program dianjurkan kerajaan perpaduan.
 
“Saya rasa tidak (Muda pecahkan undi), kerana PH yang bersama dengan BN dalam kerajaan perpaduan selama tujuh bulan sudah banyak melaksanakan program untuk rakyat termasuk inisiatif Rahmah,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Salahuddin yang juga timbalan presiden Amanah bagaimanapun berkata, pihaknya menghormati pendirian Muda bertanding solo pada PRN.

“Kita hormati sikap Muda untuk bergerak solo. Namun, sebagai pemain politik sudah hampir 40 tahun, saya sendiri berpandangan kita hanya akan berjaya dengan adanya kerjasama yang kuat,” katanya.

Perlu ada kerjasama untuk jadi kuat
Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan parti itu yang mengadakan pakatan pilihan raya bersama PH pada PRU lalu akan bertanding solo pada PRN.

Susulan keputusan itu, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Muar kemudian mengumumkan untuk memutuskan kerjasama dengan Muda.
 

Post a Comment

0 Comments