Pengundi akan menangkan calon Kerajaan Perpaduan dalam PRN


SETIAUSAHA POLITIK KANAN kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin optimis pengundi akan memenangkan calon daripada Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Beliau berkata pengundi di negara ini bersikap rasional dan mahukan sebuah kerajaan negeri yang selaras dengan Kerajaan Persekutuan.

"Kita meletakkan calon-calon Kerajaan Perpaduan di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Itu menunjukkan bahawa kita serius dan pada masa sama, kita mahu kerajaan negeri pasca-PRN ini semaksimum mungkin selaras dengan hasrat serta aspirasi Kerajaan Persekutuan," katanya.

Shamsul Iskandar berkata demikian ketika ditanya mengenai peluang parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menang pada PRN yang membabitkan Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah.

Terdahulu, beliau mewakili Perdana Menteri dalam program Penyerahan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidiladha di Kompleks Pendidikan Baitul Ridzuan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia kepada kesemua wakil masjid di bawah Parlimen Tambun.

Mengulas keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk bertanding secara solo, Shamsul Iskandar berkata parti itu diminta mempertimbangkan semula  keputusannya untuk bertanding solo pada PRN.


Shamsul optimis pengundi sokong kerajaan
"Keputusan Muda perlu dihormati oleh semua pimpinan namun saya harap Presiden Muda akan mempertimbangkan keputusan itu kerana Muda sebahagian daripada parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan.


"Sebab itu kita minta supaya pertimbangkan semula kerana (parti) Kerajaan Perpaduan akan bertanding dalam PRN," katanya.



Post a Comment

0 Comments