PIHAK berkuasa polis akan meneruskan siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Syeikh Zainul Asri Mohd Romli berikutan ucapannya semasa Himpunan Kedah Berselawat, Sabtu lepas.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata pendakwah Zainul Asri sudah dipanggil polis dan dirakam keterangan.
Pendakwa itu menurut Saifuddin mengaku membuat kesilapan mendakwa Tuhan akan mempertahankan Kedah yang dipimpin Pas daripada “musuh Allah”, dalam perhimpunan itu.
“Dalam pertemuan pertama dengan polis, beliau mengaku melakukan kesilapan dan menyatakan terlalu teruja apabila melihat hadirin yang ramai,” katanya pada sidang media.
Pada Isnin Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media Pakatan Harapan (PH) Kapten (B) Muhammad Yahaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan terhadap kenyataan Zainul Asri yang menyebut semoga Allah mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan musuh Allah.
Katanya, ungkapan berbaur propaganda berkenaan seolah-olah menggambarkan hanya Pas dan Perikatan Nasional sahaja bersama Allah manakala parti yang lain adalah musuh Allah.
Beliau mendakwa kenyataan Zainul merujuk kepada PH, walaupun Zainul menafikannya.
![]() |
Pendakwah jangan keluar kenyataan semberono |
Katanya, jika “orang agama” menyentuh isu 3R, ia mengundang kesan yang besar dan sepatutnya ia mesti dielak.
“Seperti yang saya katakan di Parlimen, jauhi isu sensitif melibatkan kaum, agama, dan raja (3R) dalam PRN.” tambah Saifuddin.
0 Comments