KKM saran GP sertai Skim Perubatan Madani


PENGAMAL PERUBATAN
swasta umum (GP) di 10 daerah dialu-alukan menyertai program rintis Skim Perubatan Madani yang bakal diperkenal Kementerian Kesihatan.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, melalui skim tersebut akan mula dilaksanakan pada 15 Jun ini yang memberi manfaat percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Penglibatan GP itu menurutnya diharap dapat membantu golongan berpendapatan rendah (B40) mendapatkan rawatan tanpa perlu menunggu lama atau menghadapi kesesakan di premis kesihatan milik kerajaan.

“Semasa pembentangan Bajet 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Skim Perubatan Madani sebagai salah satu inisiatif kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.

“Skim Perubatan Madani merupakan manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR),” kata beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Zaliha lagi, 10 daerah yang memerlukan penglibatan GP itu adalah di Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).


Penglibatan GP bakal bantu golongan B40
Pengamal perubatan yang berminat jelasnya boleh mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani dengan melayari laman sesawang ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525.

ProtectHealth juga akan menganjurkan sesi taklimat dan latihan secara dalam talian kepada GP yang berdaftar untuk penerangan lebih lanjut mengenai Skim Perubatan Madani.

Post a Comment

0 Comments