Anwar luang masa santuni pengunjung Himpunan MADANI Kedah


PERDANA MENTERI
,  Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat meluangkan masa menyantuni lebih 3,000 pengunjung pada sesi petang Himpunan MADANI Kedah 2023 di Dataran Stargate, Alor Setar.

Diiringi Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Anwar tiba di himpunan itu kira-kira pukul 5.30 petang.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Zamri Yusuf serta barisan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kedah.

Seperti kebiasaan dalam setiap kunjungannya, Anwar sempat sempat beramah mesra dengan pengunjung yang hadir serta bergambar dengan orang ramai.

Anwar, Perdana Menteri berjiwa rakyat
Esok, Anwar bakal menghadiri majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani anjuran Kerajaan Perpaduan bertempat di Hotel Raia Alor Setar dari 10 pagi hingga 2 petang.

Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan bercemar duli ke majlis tersebut.

Post a Comment

0 Comments