Gelar Penjawat Awam sebagai beban negara kenyataan biadap - Amirudin

 


MENTERI BESAR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan rasa kesal atas tindakan Perikatan Nasional (PN) yang menghina penjawat awam.

Melalui satu kenyataan di Facebook, Naib Presiden KEADILAN itu menegaskan kumpulan penjawat awam sebagai tulang belakang kepada pentadbiran dan kenyataan dibuat seorang jurucakap parti Gerakan Dun Sungai Pinang, Mak Kok On yang menyifatkan penjawat awam merupakan beban kepada negara sebagai biadab.

"Saya membidas tindakan Perikatan Nasional yang menghina para penjawat awam dan melabelkan mereka sebagai beban.

Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor sentiasa menitikberatkan kebajikan para penjawat awam kerana mereka adalah tulang belakang pentadbiran," katanya.

Terdahulu kenyataan Mak dikecam banyak pihak, seorang pemimpin Gerakan kemudian tampil membuat permohonan maaf bagi pihak Mak.

Sementara itu Amirudin menegaskan, Kerajaan Selangor menghargai jasa penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Selangor.

Jangan perlekeh peranan penjawat awam
Penghargaan itu jelasnya diterjemah melalui bantuan khas kewangan khusus buat penjawat awam ketika Aidilfitri dan akhir tahun selain melindungi mereka dengan insurans hayat percuma melalui Skim INSAN.

Pakatan Harapan (PH) tambahnya juga menyifatkan manfaat dinikmati rakyat Selangor juga merupakan hasil usaha penjawat awam Selangor, pimpinan masyarakat serta golongan profesional.

Post a Comment

0 Comments