'Min, aku yang kalahkan kamu' - Amirudin


PENGERUSI
Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengingatkan  Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar tidak terlalu bongkak.

Ia susulan kenyataan Mohamed Azmin bahawa dirinya yang mengemukakan nama Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua kepada istana untuk dipilih menerajui kerajaan negeri.

Tegas Amirudin, Azmin yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor tidak wajar lupa bahawa dia dikalahkan di kerusi sendiri pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Mula-mula hendak ungkit pulak Amir, ingat aku yang naikkan kamu.

“Min ( Mohamed Azmin) ingat, aku yang kalahkan kamu enam bulan lalu (kerusi Parlimen Gombak),” katanya ketika berucap semasa melancarkan jentera PH Selangor di Dataran Kemerdekaan di sini Shah Alam malam tdi.
 
Sementara itu  Amirudin turut menjelaskan bahawa Mohamed Azmin seorang yang gelojoh dan tidak penyabar dalam mengeluarkan kenyataan tidak tepat mengenai kemajuan Selangor.

Ujarnya, pelaburan Selangor berjaya melonjak paling tinggi sebanyak RM18 billion berbanding semasa Mohamed Azmin menjadi Menteri Besar hanya sekitar RM5billion hingga RM7billion.

Azmin Ali disifatkan sebagai gelojoh
“Saya pun sedih, orang ini jaga MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), dia tahu tidak pelaburan ini macam mana.

“Kadang-kadang bila hendak makin tua, makin penyabar. Ini makin tua makin gelojoh. Susah hendak kata. Umur hendak masuk 60 tahun, tidak lama lagi masuk Skim Usia Warga Emas. Sabar sikit Min (Mohamed Azmin),” katanya sinis.

Post a Comment

0 Comments