BN akan bertanding lebih banyak kerusi di Kelantan, Terengganu - Nik Nazmi


PAKATAN HARAPAN
(PH) memutuskan untuk memberi keutamaan untuk Barisan Nasional (BN) bertanding lebih banyak kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRN tidak lama lagi.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan dan Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keputusan itu kerana BN mempunyai sejarah dan akar umbi yang kuat di kedua-dua negeri tersebut.

“Kita sudah umumkan dari awal untuk kedua-dua negeri itu..kita beri keutamaan kepada BN untuk bertanding lebih banyak kerusi memandangkan mereka ada sejarah dan akar umbi yang lama di sana.

“Tetapi kita (PH) juga ada peranan dan strategi kerusi kita di sana..yang dirasakan boleh menang di kedua-dua negeri,” katanya dipetik laporan Berita Harian.

Beliau ketika mengulas mengenai pembahagian kerusi antara PH dan BN di Kelantan berkata. rundingan sudah 99% selesai dan akan diumumkan oleh Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim.

“Alhamdulillah saya boleh katakan perbincangan di sana sangat positif..saya boleh katakan 99% selesai, akan diumumkan dalam masa terdekat.
Perbincangan sudah selesai 99 peratus

“Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman itu termasuk senarai calonnya nanti,” katanya.

Kelantan dan Terengganu antara enam negeri yang akan mengadakan PRN dalam tempoh terdekat selain Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang.

Post a Comment

0 Comments