KEADILAN cabang Muar putus kerjasama dengan MUDA


PARTI KEADILAN RAKYAT
(KEADILAN) Cabang Muar pada Isnin membuat ketetapan memutuskan sebarang bentuk kerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi Parlimen Muar.

Setiausahanya, Esa Ali berkata, keputusan itu susulan keputusan MUDA untuk bertanding secara solo pada pilihan raya di enam negeri yang bakal berlangsung.

"Justeru keputusan tersebut telah melanggar kerjasama politik Kerajaan Perpaduan berbentuk ‘electoral pact’ di antara MUDA dan PH (Pakatan Harapan)," katanya dalam satu kenyataan.

MUDA langgar kerjasama politik kerajaan Perpaduan
MUDA yang diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pada Isnin menyatakan pendirian akan bertanding solo dalam pilihan raya di enam negeri yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini secara sendirian.

Pendirian itu membuatkan MUDA bakal bertembung dengan PH yang bekerjasama dengan BN serta Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Post a Comment

0 Comments