PH lapor polis lepas pemimpin PAS buat ucapan 'musuh islam'


PAKATAN HARAPAN  (PH) membuat laporan polis terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Syeikh Zainul Asri Mohd Romli berikutan ucapannya semasa Himpunan Kedah Berselawat Sabtu lepas.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH Kapten (B) Muhammad Yahaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam.
.
Menurut Muhammad laporan berkenaan dibuat susulan ucapan Syeikh Zainul Asri yang menyebut semoga Allah mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan musuh Allah.

Katanya ungkapan berbaur propaganda berkenaan seolah-olah menggambarkan hanya Pas dan Perikatan Nasional (PN) sahaja bersama Allah manakala parti yang lain adalah musuh Allah.

Menurutnya propaganda dilempar Zainul Asri ketika negeri berkenaan sedang bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri dilihat amat tidak sihat dan boleh menyemai perasaan benci dan ekstremisme kepada rakyat.

"Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera terhadap individu berkenaan selain mengharamkan penggunaan istilah agama dalam kempen pilihan raya negeri yang akan datang," katanya.


Jangan tunggang agama demi kepentingan politik
Muhammad berkata penggunaan istilah agama perlu dihentikan ketika berpolitik kerana ditakuti akan disalah erti dan membawa kepada keganasan dan ekstremis agama.


"Penggunaan istilah agama seperti ini perlu dielakkan dalam pilihan raya negeri akan datang bagi menjaga keharmonian negara," tegasnya.


Post a Comment

0 Comments