5,000 penjawat awam kontrak di Selangor diserap ke jawatan tetap


SELANGOR mencatatkan kadar penyerapan penjawat awam bertaraf kontrak ke jawatan tetap iaitu seramai 5, 000 daripada 7, 000 orang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Selangor Mega Job Fair 2023 di Shah Alam pada Ahad berkata, kadar penyerapan itu dilakukan dengan mengikut saranan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor (SPN).

Menurutnya, kebanyakan diserap adalah individu berpengalaman sehingga jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dan sebagainya malah sebahagian besarnya diserap oleh perjawatan di peringkat Persekutuan.

“Jadi, apa isunya kalau mereka sudah disahkan jawatan, mereka sewajarnya boleh mendapat siri temuduga atau pun pembangunan.

“Saya dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pun sudah tidak praktiskan perkara itu cuma tidak dibatalkan, itu sahaja,” katanya.

Amirudin sebelumnya mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) yang menyatakan rasa kesal dengan keputusan kerajaan Selangor membatalkan dasar pelantikan tetap penjawat awam bertaraf kontrak yang telah berkhidmat lebih 15 tahun.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, dasar pelantikan tetap penjawat awam bertaraf kontrak tersebut juga sudah tidak menjadi amalan di kebanyakan negeri.


Perkara dibangkitkan tak sepatutnya timbul
“Saya ingat, mungkin ada salah faham bila kita batalkan pekeliling, ia jadi isu. Negeri lain tidak batal pekeliling (namun ia) tidak laksanakan pun dan itu (sebagai) maklum balas awal, biar saya dapatkan juga (maklumat) daripada JPA.


"Sebab, akhirnya pentadbiran awam di peringkat negeri sebahagian besarnya adalah pentadbiran awam di peringkat Persekutuan sama ada pegawai itu diambil atau posisi mereka dalam jawatan itu ditetapkan oleh JPA,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments