PRN: KEADILAN ada potensi menang di Terengganu

 


PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) Terengganu optimis parti itu mempunyai potensi untuk menang di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keyakinan itu berdasarkan rekod prestasi, faktor demografi serta tinjauan dan penyelidikan pihaknya.

Ia termasuk sejarah kemenangan parti itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar sebelum ini.

"Jadi kita minta supaya KEADILAN diambil serius oleh sahabat-sahabat dalam Barisan Nasional (BN)... Kita pun ada sejarah di Terengganu, dari awal ditubuhkan kita ada kerusi... bagi kita penting untuk kita ada kehadiran di sini.

"Bagi saya, KEADILAN ada beberapa kelebihan secara amnya, saya tidak boleh sebutkan secara terperinci tapi contohnya di DUN Bandar, pernah menang (2013-2018). Biasanya kerusi KEADILAN ni kerusi agak urban... itu kita rasa kekuatan KEADILAN," katanya

Nik Nazmi berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Temu Mesra di Pejabat KEADILAN Cabang Kuala Terengganu pada Ahad.

KEADILAN ada peluang menang kerusi DUN
Sementara itu Nik Nazmi yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, isu persoalan siapa yang (mendapat) banyak atau sedikit (kerusi) tidak sepatutnya timbul sebaliknya apa yang penting ialah parti yang mewakili Kerajaan Perpaduan mesti berpeluang untuk menang besar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, BN menang 10 daripada 32 kerusi DUN Terengganu manakala bakinya iaitu 22 kerusi dikuasai Pas.

Post a Comment

0 Comments