20 kerusi Pas di Kelantan dalam kedudukan tak selamat


KEDUDUKAN Pas di negeri Kelantan bakal tergugat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) aka datang, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri Muhamad Husain.

Jelasnya 20 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu sebelum ini berada dalam keadaan tidak selamat berdasarkan jumlah undi yang dicampur antara PH dengan Barisan Nasional (BN).

Tambahnya, PH dan BN akan bekerja lebih keras bagi memastikan gabungan itu berjaya meraih kemenangan sekali gus memberi tekanan kepada Pas selepas PRN nanti.

“PH dan BN sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan Pas nanti.Alhamdulillah kerjasama antara kami bertambah erat menuju PRN.

“Senarai nama untuk calon PH sudah kita serahkan kepada pucuk kepimpinan pusat untuk diputuskan. Semuanya berjalan lancar,” katanya.

Muhamad Husain sebelumnya ditemui pemberita selepas menghadiri Program Peningkatan Pendapatan Petani Agro Industri selain padi (ternakan unggas) Tahun 2023 di Selising pada Selasa.

Sementara itu Muhamad yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memberitahu, PH bakal bertanding di 14 kerusi daripada 45 DUN di negeri ini pada PRN nanti.


Rakyat kena keluar mengundi jika mahu perubahan
Ia jelasnya melibatkan kerusi di DUN Limbongan (Pasir Puteh); Tawang (Bachok), Kadok (Ketereh); Panchor (Pengkalan Chepa); Tanjong Mas, Kota Lama (Kota Bharu); Pasir Tumbuh, Demit (Kubang Kerian); Bukit Panau (Tanah Merah); Chetok (Rantau Panjang);Pasir Mas (Pengkalan Pasir); Mengkebang (Kuala Krai);  Temangan (Machang) dan Pasir Pekan (Tumpat).


“PRN itu nanti, kita (PH) akan memberi peluang kepada wanita  untuk diangkat sebagai calon PRN,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments