Pengundi di N9 tak akan terpengaruh sentimen perkauman dan agama


SENTIMEN
perkauman dan agama yang mungkin menjadi modal kempen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini dijangka tidak akan berjaya memenangi hati pengundi.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, rakyat sudah tidak terpengaruh denga politik pecah belah dan mahu melihat sesebuah kerajaan itu diuruskan oleh kepimpinan yang memikirkan semua kaum.

"Jangan jadikan sentimen perkauman dan agama sebagai modal untuk memenangi hati rakyat kerana rakyat hari ini sudah bijak menilai.

"Saya tak fikir pengundi Negeri Sembilan boleh terima pendekatan politik perkauman kerana kerajaan negeri ini tidak boleh ditubuhkan atas persepsi kebencian," katanya.

Jalaluddin berkata begitu pada satu program di Wisma UMNO Negeri Sembilan di Seremban pada Selasa.

Sementara itu tegasnya, sentimen negatif sebegitu tidak sepatutnya dibenarkan berlaku dalam pentadbiran negara dan negeri.

Tambahnya, sudah berdekad lamanya negara diurus oleh koloborasi pelbagai kaum dan agama yang mana ia merupakan formula corak pemerintahan yang berjaya.

Pengundi di Negeri Sembilan sudah bijak menilai
"Saya tak setuju sama ada dari parti UMNO atau pembangkang atau rakan kerjasama BN yang ekstrem kepada satu kaum saja.

"Saya juga yakin yang sokongan terhadap UMNO tidak akan berkurang pada PRN ini meskipun pelbagai sentimen perkauman yang diwujudkan hasil kerjasama yang dibentuk dengan Pakatan Harapan (PH)," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments