YANG DIPERTUA Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul menghadiri Mesyuarat Bersemuka Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (ASEAN-AIPA) ke-44 di Labuan Bajo, Indonesia.
Parlimen Malaysia dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Johari akan menghadiri mesyuarat itu bermula hari ini sehingga 12 Mei.
Menyifatkan mesyuarat berkenaan yang merupakan platform penting untuk dialog dan kerjasama antara pemimpin ASEAN dan Ahli Parlimen ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN, penglibatan Parlimen Malaysia juga dijangka dapat memperkukuh kerjasama antarabangsa dan multilateralisme terutama untuk pembangunan dialog yang aktif untuk menyelesaikan isu-isu kritikal di ASEAN yang semakin meruncing.
Selain itu, ia juga mencerminkan tekad negara yang tinggi untuk mencapai jalinan kerjasama bersama negara anggota ASEAN dalam meningkatkan kebertanggungjawaban.
"Mesyuarat tahun ini akan dipengerusikan oleh Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia, Maharani Nakshatra Kusyala Devi yang juga Speaker wanita pertama dalam sejarah negara itu.
"ASEAN-AIPA adalah sebuah wadah untuk Ahli Parlimen ASEAN saling bertukar pandangan berkaitan pelbagai isu ekonomi, sosial dan politik serta merangka strategi untuk menanganinya. Selain itu, ASEAN-AIPA juga platform untuk mengiktiraf peranan AIPA dalam mendukung usaha menggalakkan kestabilan dan kemakmuran negara-negara ASEAN," menurut kenyataan itu.
![]() |
Langkah kukuh hubungan antarabangsa |
Kedua-dua pihak dijangka akan membahaskan sejumlah isu berkaitan kerjasama antara Parlimen Malaysia- Indonesia dalam pembangunan anak muda.
0 Comments