Kerajaan lulus peruntukan RM3 untuk PBSM

 


KERAJAAN  meluluskan sebanyak RM3 juta kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sebagai rangsangan dan galakan kepada persatuan itu dalam kerja sukarelawan dan bantuan.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan ibu pejabat kebangsaan PBSM sempena ulang tahun ke-75 persatuan itu di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Anwar, sebanyak RM1 juta disalurkan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat manakala RM1 juta lagi daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) khusus bagi kerja-kerja kebajikan dan lapangan di dalam atau luar negara.

"Sebanyak RM1 lagi kita setuju berikan untuk memperkukuh, menyelenggara dan pengurusan ibu pejabat dan di negeri-negeri supaya lebih mantap," katanya.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Tan Sri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Pengerusi Kebangsaan PBSM.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.

Dalam ucapannya juga Anwar menambah, sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, ia perlu terus mempromosikan masyarakat yang adil dan mempunyai nilai hormat, keyakinan dan ihsan.

“BSMM adalah contoh cemerlang bagi sebuah organisasi dan ianya hanya boleh dicapai dengan adanya dedikasi, komitmen yang tinggi serta semangat untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan.

PM Anwar mahu PBSM jadi contoh teladan
"Semangat yang ada dalam diri sukarelawan itu juga selaras dengan salah satu tonggak konsep Madani iaitu ihsan yang mementingkan sifat kemanusiaan sejagat tanpa mengira perkauman sempit.

"Kemanusiaan itu bererti kita ada ihsan dan kasih sayang. Nilai kemanusiaan itu apabila kita bertimbang rasa, ada kasih dan sayang, mereka akan bantu yang menghadapi masalah dan ini satu hal yang dikembangkan di PBSM,” jelas Pengerusi Pakatan Harapan itu.

Post a Comment

0 Comments