PIHAK yang mendakwa mempunyai jumlah mencukupi bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan sekaligus mengambil alih pentadbiran dicabar membuktikan jumlah sokongan pada sesi Parlimen akan datang.
Cabaran itu dilontar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar sebagai mengulas dakwaan pembangkang diketuai Perikatan Nasional (PN) bahawa mereka mempunyai 126 sokongan Ahli Parlimen.
“Kalau dia (PN) ada (cukup sokongan) tunggu masa Parlimen nanti, bawalah SD (akuan berkanun). Usulkan di Parlimen tiada masalah.
"Ini tiap-tiap minggu mengigau. Sebelum puasa, sebelum raya, sebelum selepas Raya Haji, sebelum Thaipusam, Tahun Baru Cina... tunggulah.
"Tapi Insya-Allah kita Kerajaan Perpaduan kekal penuh sehingga pilihan raya akan datang. Saya sangat yakin,” katanya Pengerusi Pakatan Harapan itu
Sejak Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, pembangkang sering mencanangkan mereka akan mengambil alih kerajaan.
Terbaharu timbul spekulasi konon wujud komplot menjatuhkan Anwar selepas dilaporkan bahawa 10 Ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Pengerusi PN Muhyiddin Yassin selepas PRU15 merancang memaksa pilihan raya kecil diadakan.
Mereka dikatakan merancang keluar parti, sekali gus menyebabkan kerusi dikosongkan, menurut undang-undang anti-lompat parti.
![]() |
Anwar yakin mentadbir negara hingga habis penggal |
Malah bakal Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika mengulas perkara itu baru-baru ini bertitah agar sebarang usaha menjatuhkan kerajaan dihentikan sekaligus memastikan kestabilan politik di negara ini dipertahan.
0 Comments