KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) bakal merangka jalan penyelesaian dalam menangani isu keselamatan dan ketenteraman awam yang berlarutan lama di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya di bawah Kerajaan Perpaduan memberi perhatian serius dan komitmen penuh bagi mengatasi perkara berkenaan..
Jelasnya, untuk peringkat awal satu pertemuan telah diadakan bersama dengan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi semalam bagi membincangkan hal tersebut.
“Saya memandang tinggi keprihatinan dan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyelesaikan hal-hal melibatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara.
“Pagi tadi saya bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruji Ubi memberikan taklimat kepada Perdana Menteri bagi hal melibatkan kesesakan tambak Johor, urusan keimigresenan, pengurusan pekerja asing, ancaman keselamatan sempadan serta beberapa perkara lagi terkait keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Pada April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video sensitif dan seumpamanya yang melangkaui aspek ruler (pemerintah), religion (agama) dan race (bangsa) sehingga mencetuskan ketenteraman awam.
![]() |
Kerajaan beri perhatian serius isu ketenteraman |
0 Comments