KERAJAAN Negeri Selangor pimpinan KEADILAN mensasarkan 15 pusat Dialisis Mesra Selangor bakal beroperasi tahun hadapan bagi menampung keperluan pesakit di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Rodziah Ismail berkata setakat ini lima pusat dialisis telah beroperasi secara percuma sejak 2010 dan dan baki 10 pusat dialisis baharu akan dibangunkan.
Pembangunan pusat dialisis baharu itu jelasnya akan dimulakan di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) khususnya perumahan kos rendah, antaranya di Klang, Ampang dan Selayang.
"Dianggarkan setiap bulan sekitar 200 orang pesakit akan menerima manfaat di setiap pusat dialisis yang akan dibangunkan berdasarkan rekod pesakit di pusat dialisis sebelum ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Rodziah yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Tiga ditemui pemberita pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Penyampaian Sijil kepada Sukarelawan Yayasan Mesra Selangor (YMS), di Shah Alam pada Rabu.
Terdahulu, Rodziah menyaksikan pemeteraian tiga MoU antara anak syarikat kerajaan negeri, YMS dengan tiga rakan strategik iaitu Gedung Penawar Sdn Bhd untuk program Dialisis Mesra Selangor.
Selain prgram dialisis, YMS akan bekerjasama dengan mudahamal.com bagi program Mesra Qurban dan Noble Care Malaysia Sdn Bhd bagi program Pusat Mesra Wargamas.
![]() |
Rakyat Selangor dapat perkhidmatan terbaik |
Sementara itu, bagi program Pusat Mesra Wargamas, dijangka lima pusat bakal dibina bagi perkhidmatan menjaga mereka yang mengidap penyakit terminal dan dementia.
0 Comments