PERTEMUAN Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dipercayai berlangsung malam Selasa lalu disifatkan sebagai satu 'Kesepakatan Ahzab'.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samad dipetik laporan Berita Harian berkata jelas pertemuan dua pemimpin itu dalam satu pakatan yang boleh menjatuhkan kerajaan.
"Pakatan ini bolehlah saya namakan 'Kesepakatan Ahzab' kerana kesepakatan untuk memporakperandakan negara dengan menjatuhkan kerajaan yang sah," katanya menurut laporan itu.
Terdahulu beberapa beberapa gambar tular di media sosial menunjukkan sesi pertemuan di antara bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir dengan Presiden PAS.
Turut dilihat menyertai Abdul Hadi adalah Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hasan dan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman.
Setiausaha Politik Dr Mahathir, Datuk Abu Bakar Yahya dalam hantaran di Facebook menyatakan Abdul Hadi dan pemimpin PAS terbabit menandatangani menyokong proklamasi bangsa Melayu di hadapan Mahathir.
Sementara itu, Khalid menyelar sebarang percubaan untuk menjatuhkan kerajaan yang tegasnya akan menyebabkan keyakinan pelabur terjejas sekaligus boleh merencat usaha sedang dilaksana kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.
![]() |
Jangan sabotaj usaha kerajaan pulihkan negara |
"Namun, demi kepentingan bersama dan keinginan berkuasa, musuh kini menjadi kawan," katanya.