KEMENTERIAN KESIHATAN (KKM) bakal menerbitkan sebuah sitkom bagi mempromosikan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di negara ini.
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa pada majlis pelancaran sitkom itu di Putrajaya pada Rabu berkata, sitkom ANMS itu akan bersiaran dengan lapan episod dan dibarisi pelakon popular negara seperti Liza Abdullah, Nadia Mustafar, Acong Sweetchild, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Ia akan menampilkan cerita dalam bentuk santai dan menghiburkan serta mampu mencorakkan daya fikir masyarakat lebih sihat.
Menyentuh lanjut mengenai penerbitan sitkom itu, Dr Zaliha berkata kementerian sentiasa berusaha mencari idea baharu bagi membantu rakyat mencapai dan mengekalkan tahap kesihatan namun, dengan elemen lebih santai.
“Idea sitkom ini dilihat mampu menjadi pemangkin serta peralihan daripada penjagaan pesakit kepada penjagaan kesihatan. Sitkom itu adalah sebahagian daripada Teras 1 ANMS iaitu Memantapkan Promosi Pembudayaan Hidup Sihat” katanya.
![]() |
KKM berani ambil pendekatan berbeza |
“Fasa kedua itu mengetengahkan elemen pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan. Kita akan teliti keberkesanan sitkom ini dan sekiranya mendapat sambutan waktu siarannya akan ditukar kepada waktu perdana,” katanya lagi.
0 Comments