KPM keluar larangan aktiviti kokurikulum susulan fenomena El-Nino


KEMENTERIAN
Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan arahan melarangan sebarang aktiviti luar termasuk kokurikulum murid dan pelajar sekolah.
 
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata arahan itu yang dikeluarkan melalui satu pekeliling yang berkuatkuasa serta merta bertujuan mengelak serangan strok haba ekoran cuaca panas yang melanda negara.
 
Tambahnya, keputusan mengenai larangan itu melibatkan semua kegiatan luar termasuk sukan, perkhemahan dan merentas desa dengan semua pentadbir sekolah di seluruh negara mematuhi garis panduan terbaharu itu  

“Larangan terkini itu meliputi garis panduan baharu yang ditetapkan KPM selepas turut memberi kelonggaran pemakaian pakaian sukan ekoran cuaca panas ketika ini

“Ia melibatkan semua sesi persekolahan sama ada waktu pagi atau petang dan pembelajaran hanya dijalankan sepenuhnya dalam kelas atau bilik darjah," kata Ketua Wanita KEADILAN pada program Ziarah Selamat Hari Raya Cikgu di Tanjong Karang paada Khamis.

KPM sentiasa jalankan pemantauan
Mengulas lanjut fenomena cuaca panas itu Fadhlina berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Malah KPM akan sentiasa mengikuti saranan oleh Kementerian Kesihatan dan semua garis panduan yang ditetapkan dalam menghadapi fenomena cuaca ekstrem yang melanda negara.

“Setakat ini, suhu sedia ada masih tidak menentu dengan berada pada tahap Amaran Satu.

“Jika berada pada Amaran Dua dan Tiga selama tiga hari berturut-turut, kita akan memberi kelonggaran untuk sekolah dicutikan,” tambahnya.

Post a Comment

0 Comments