PM nyata hasrat agar hadis 40 Imam Nawawi diterbit semula


BIARPUN
  ditohmah dengan pelbagai tuduhan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membuktikan bahawa agama Islam  dipertahankan dan kefahaman agama akan terus diperkasakan.  

Pada Khamis, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengumumkan hasrat kerajaan pimpinanya untuk menerbitkan semula buku yang menghimpunkan 40 hadis Nabi Muhammad SAW oleh Imam An-Nawawi (Hadis 40 Imam An-Nawawi) untuk diedarkan di seluruh sekolah di negara.

Jelasnya, hasrat itu timbul selepas menerima penekanan yang diberikan oleh Mantan Mufti Agung Mesir, Profesor Dr. Ali Jum’ah dalam Muzakarah Ulama-Umara pada Festival Turath Islami Selangor dihadirnya.

Beliau menyarankan agar cetakan semula itu dapat dilaksana menerusi kerjasama Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kita ambil ikhtiar untuk menerbitkan semula buku dan disampaikan di semua sekolah untuk memastikan pelajar-pelajar diberikan dengan gambaran mungkin dengan syarahan yang baik.

“Kalau baca teks hadis saja, mungkin anak-anak tidak dapat menghadam dengan baik dan kita boleh tanya pandangan Dr. Ali Jum’ah nanti apakah penyampaian yang boleh dicadangkan untuk kita terbit (buku) dan edarkan ke seluruh negara,” katanya pada muzakarah tersebut.

Anwar sementara itu turut memaklumkan beliau akan terus memanfaatkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana bagi kegiatan penyebaran ilmu dan menyambung tradisi aqliah yang berteraskan perbincangan dan perbahasan beradab, berakhlak dan nilai.

PM Anwar terus usaha perkasa kefahaman Islam
“Selain daripada tradisi Rasulullah, saya baca sejarah ulung Salahuddin Al Aiyub yang banyak fikirkan tentang penawanan Baitulmuqaddis, tetapi jangan lupa zaman beliau mengimarahkan masjid sebagai gedung ilmu sepanjang 10 tahun awal

“Jadi, itu yang mempengaruhi saya dan meyakini bahawa keutamaan kita adalah memberi kefahaman melalui proses dakwah, pendidikan dan sebaiknya melalui suatu garis kaedah atau manhaj yang tepat supaya tidak ada usaha mengelirukan,” jelasnya.

Post a Comment

0 Comments