PAKATAN HARAPAN (PH) Selangor dan rakan sekutunya mampu memenangi sekurang-kurangnya 50 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengarah pilihan raya PH Selangor, Yahya Sahri berkata, keyakinan itu susulan kerjasama erat dijalan PH dan Barisan Nasional (BN) yang kini semakin utuh
"Kita yakin prestasi PH akan lebih baik dalam pilihan raya negeri dengan sokongan pengundi BN.
“Kita mampu untuk menang lebih banyak kerusi, tidak hanya di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar, terutama di kubu kuat BN.” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Selangor dikenali sebagai kawasan kubu kuat PH dengan gabungan itu menguasai 40 daripada 55 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri.
Pada Mac lalu, UMNO yang mempunyai lima kerusi DUN diisyhtihar sebagai sebahagian kerajaan negeri susulan jajaran baharu politik negara pasca Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Di blok pembangkang, Perikatan Nasional mempunyai lima kerusi, Pejuang (dua), PBM (dua) dan Warisan (satu).
![]() |
Kerjasama PH-BN kukuhkan sokongan rakyat |
Sementara itu menurut Yahya, kajian dibuat pihaknya mendapati 50% pengundi Melayu di Selangor menyokong PH sekaligus memberi keyakinan bahawa PH yakin akan dapat mengekalkan kawalan negeri tersebut. i
0 Comments