KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan formula pembahagian subsidi sedia ada kepada penternak ayam daging dan syarikat pembekal pada nisbah 10 sen dan 70 sen.
Perkara itu dinyatakan Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu susulan permintaan daripada penternak ayam di Selangor yang mahu pembahagian subsidi kerajaan dibuat sama rata antara mereka.
Menurutnya, penternak ayam dan syarikat pembekal perlu berbincang antara mereka mengenai agihan subsidi 80 sen yang diberikan kerajaan bagi mengatasi kenaikan kos pengeluaran ayam dan telur.
Ini kerana tegasnya kerajaan tidak campur tangan dalam rundingan perjanjian pembahagian subsidi itu.
"Kita masih lagi berpegang dengan apa yang dilaksanakan sebelum ini sejak setahun lebih, kita berpegang kepada 10 sen (bagi penternak) dan 70 sen (bagi syarikat pembekal).
"Pada padangan kementerian, urusan itu adalah business-to-business, ertinya antara syarikat pembekal dan penternak. Semasa mereka berurusan, kerajaan tidak terlibat jadi sepatutnya itu persetujuan antara mereka.
"setakat ini kementerian berpandangan kadar sedia ada kita akan kekalkan dahulu," jelas beliau.
Pada 27 Feb lepas, kerajaan memutuskan untuk meneruskan penyediaan subsidi pada kadar 80 sen sekilogram bagi ayam dan lapan sen sebjii bagi telur sehingga Jun 2023 melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.
![]() |
Penternak dan pembekal ayam disaran bincang |
Mengulas perkara itu, Mohammad Sabu berkata, perlu ada rundingan antara syarikat pembekal dan penternak untuk dapat perkongsian keuntungan yang betul atau pun perkongsian subsidi yang betul.
0 Comments