MASALAH bekalan air bersih di Kelantan yang gagal diselesaikan sehingga kini berpunca dari kelemahan tadbir urus Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bercakap pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog awam Malaysia Madani di UiTM Machang, Kelantan pada Khamis, Nik Nazmi menegaskan kelemahan itu juga diakui dan dimaklumkan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menjawat Menteri Alam Sekitar Dan Air sebelum ini.
Justeru tambahnya, masalah di Kelantan tidak boleh diatasi hanya melalui peruntukan kewangan tanpa menangani kelemahan dalam pengurusan.
"Soal peruntukan memang menjadi sebahagian isu namun perkara utama adalah masalah tadbir urus yang gagal.
“Sebab itu soal peruntukan ini kita boleh bincang namun jika pengurusan dan tadbir urus AKSB tidak selesai, bagilah duit macam mana pun, masalah air di Kelantan tidak akan selesai," katanya.
Nik Nazmi yang juga Pengerusi MPN Kelantan sebelumnya ditanya mengenai kemelut bekalan air yang gagal diselesai Kerajaan Negeri Pas yang mentadbir negeri itu sejak sekian lama selain kenyataan pimpinan negeri bahawa Kelantan memerlukan RM7 bilion bagi menyelesaikan keseluruhan masalah air dihadapi.
![]() |
Putrajaya mahu lihat kesungguhan selesai isu air |
“Jika nak kata soal air tidak mencukupi di Kelantan, sebenarnya permintaan air di Kelantan tidak tinggi sebagaimana negeri lain,” jelasnya.
0 Comments