PRN: Rundingan di Selangor dijangka capai 90 peratus akhir April

 


PROSES pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor dijangka dapat diselesaikan antara 80 hingga 90 peratus menjelang akhir bulan ini, kata Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin yang juga Pengerusi HARAPAN Selangor berkata, perbincangan mengenai agihan kerusi itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi sedang berjalan, namun pihaknya masih memerlukan masa bagi melaporkan dan membentangkannya kepada PH Pusat untuk membuat keputusan.

"Perbincangan bagi pembahagian kerusi ini memang akan berterusan sehingga ke hari penamaan calon, tetapi kita ada tetapkan tempoh untuk pastikan 80 hingga 90 peratus diselesaikan menjelang akhir April.
 
"Mudah-mudahan akan tercapai, tapi kalau tak capai pun kita akan teruskan perbincangan kerana yang pentingnya adalah strategi kita (untuk menghadapi PRN)," katanya.

Amirudin sebelumnya ditemuai pemberita pada menghadiri majlis penyerahan Insentif Khas Aidilfitri #KitaSelangor kepada Penggerak Masjid dan Guru Rakyat Selangor, di Shah Alam pada Khamis.

Komposisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor terdiri daripada HARAPAN yang menguasai 40 kerusi, BN mempunyai lima kerusi.

Proses rundingan berjalan baik
Di pihak pembangkang Perikatan Nasional mempunyai 5 kerusi, Parti Bangsa Malaysia dan Pejuang masing-masing dua kerusi, manakala Warisan dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Pada Mac lalu, Amirudin memaklumkan, BN kini sebagai sebahagian daripada kerajaan Selangor, ia susulan perkembangan politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Post a Comment

0 Comments