Pendedahan laporan nahas 'Double Six' melegakan keluarga

 


KERAJAAN negeri Sabah menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyahklasifikasikan laporan akhir tragedi nahas 'Double Six' yang mengorbankan beberapa pemimpin negeri Sabah 47 tahun lalu.
 
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyifatkan keputusan kerajaan itu memberi kelegaan kepada keluarga dan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Ia juga jelasnya sekali gus akan merungkaikan apa sebenarnya yang berlaku dalam nahas mengorbankan Ketua Menteri Sabah pada masa itu Tun Fuad Stephens, empat menteri dan enam individu lain itu.

“Ini adalah satu kelegaan bukan sahaja kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terbabit, tetapi juga kepada rakyat Sabah.

"Kerajaan begeri akan menerima penemuan keputusan laporan itu dengan hati terbuka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Anwar dalam sidang media semalam mengumumkan keputusan mendedahkan laporan itu dibuat selari dengan prinsip ketelusan dibawakan pentadbirannya.

Sabah sambut baik pengumuman Perdana Menteri
Ia juga setelah mengambil kira pandangan dikemukakan rakyat Sabah dan tuntutan dibuat oleh waris.

Laporan itu menurut Anwar akan didedahkan minggu depan  melalui kenyataan rasmi kerajaan dan Kementerian Pengangkutan.

Post a Comment

0 Comments