SEBUAH pergerakan belia akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi membantah isu dan skandal didakwa gagal ditangani oleh pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.
Pergerakan yang dinamakan Gerakan Tolak Kerajaan Gagal itu yang difahamkan terdiri daripada 10 pertubuhan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), akan mengadakan ceramah dan bantahan bagi menggesa orang ramai menolak kerajaan sedia ada.
Syahmi Shamsudin yang menjadi jurucakap sekretariat itu berkata jelajah itu adalah bagi menggantikan protes Turun yang dirancang untuk diadakan di pusat bandar sebelum ini.
“Kami akan memulakan jelajah yang agresif untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa yang mentadbir sekarang adalah pemimpin yang sesuai dengan kriteria pemimpin ‘Jadong’ – yang jahat, bodoh dan sombong – seperti yang digambarkan oleh (ahli akademik) Syed Hussein Al-Attas,” katanya.
Syahmi berkata, mereka merancang untuk mengetengahkan sekurang-kurangnya 30 isu yang timbul di bawah kerajaan Ismail.
Isu itu termasuk inflasi, kekurangan peluang pekerjaan, kenaikan harga dan harga rumah yang terlalu tinggi.
![]() |
Bakal bangkit isu nasional dan kepentingan rakyat |
“Troll farm'”merujuk kepada rangkaian akaun dan halaman Facebook dan Instagram palsu yang didakwa cuba meningkatkan sokongan kepada kerajaan dan menjatuhkan pembangkang.
0 Comments