BEKAS MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mujahid Yusof Rawa mmpersoalkan apakah kerajaan hari ini telah berjaya menyelesaikan beberapa isu ditohmahkan kepada kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini.
Semasa ceramah jelajah HARAPAN di Pengkalan Kundur dekat Kedah Jumaat, Beliau membangkit kembali isu pembelaan terhadap anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkorban yang kononnya dibiarkan sepanjang HARAPAN memerintah.
Beliau turut bertanyakan apakab Rang Undang Undang 355 (RUU 355) Hudud dan cita-cita memastikan pramugari memakai tudung yang didombakan parti PAS yang menjadi sebahagian dari kerajaan selepas 'Langkah Sheraton' telah berjaya dilaksanakan.
"Mengapa kini ianya sunyi sepi setelah mereka menjadi kerajaan dan mempunyai kuasa?" soalnya.
Dalam ceramah itu beliau berkata, kini sudah sampai masanya orang Melayu perlu membuka mata dan sedar, sekiranya ada yang hanya mahu menjadi penunggang agama ia tidak wajar disokong, sebaliknya mendukung apabila Islam itu dimartabatkan dan dimuliakan.
Beliau turut mengingatkan bahayanya tindakan parti politik bertindak mencanangkan kononya hanya mereka semata-mata pembela kepada sesuuatu kaum atau agama.
“Harus kita ingat, bahawa di Malaysia bukan semua orang Melayu itu adalah Umno dan bukan juga semua Melayu itu adalah PAS kerana Melayu juga ada bersama AMANAH dan Melayu juga ada bersama KEADILAN.
“Yang perlu diutamakan ialah Melayu Islam yang bermaruah dan sekiranya ingin membela Melayu tidak semestinya ia adalah Melayu Umno sahaja maupun Melayu PAS semata-mata.
“Tempoh 22 bulan PH memerintah dan menjadi kerajaan, segala usaha telah dibuat bagi membela Melayu dan Islam termasuklah membawa keadilan untuk semua serta menentang rasuah.
“Namun begitu amat memalukan kini apabila mereka berkuasa perasuah cuba dijunjung dengan penuh bangga tanpa rasa bersalah sekelumit pun demi membela Melayu, ” tegas Ahli Parlimen Parit Buntar.
Mujahid sebelum ini pernah difitnah kononya menjual aset-aset strategik Lembaga Tabung Haji (TH).
Malah pada Ferbruari 2020, HarakahDaily melaporkan pemindahan aset hartanah LTH kepad USJB iaitu sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan (MOF) yang ketika itu diterajui oleh pemimpin DAP jelas menimbulkan kegusaran umat Islam kerana bimbang ekonomi Islam bakal lumpuh.Mujahid pernah difitnah jual aset TH
Laporan Ketua Audit Negara pada 2021 walau bagaimanapun mengesahkan bahawa kerajaan HARAPAN berjaya memulihkan kewangan Tabung Haji (TH) menerusi Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.
0 Comments